Saturday 20 November 2010

APA KESILAPAN PELABUR UNIT TRUST? (Part I)

KESILAPAN YANG SERING DILAKUKAN OLEH PELABUR-PELABUR UNIT TRUST SAMA ADA DISEDARI ATAU TIDAK


1) Menunggu Tanpa Sebab Yang Munasabah
    Ada orang yang mahu menunggu sehingga semua pergolakan atau kejadia-kejadian tertentu menjadi lebih difahami sebelum melabur. Malangnya setiap ketika ada saja yang sedang berlaku -  peperangan, krisis penyakit, kemerosotan ekonomi dan keruntuhan kerajaan. Mereka yang ingin menanti sehingga semua kejadian ini berlalu akan "terlepas peluang" - pasaran (market) akan bergerak ke atas sehingga melampaui kemampuan untuk membeli. Selepas itu mereka akan menanti kembali untuk satu jangka masa yang lebih lama dengan harapan pasaran tadi akan turun semula ke satu tahap di dalam kemampuan mereka. Akhirnya pelabur sedemikian akan menjual atau membeli pada harga yang kurang sesuai.


   Penantian untuk perbezaan harga pasaran sebanyak 5, 10 atau 20 peratus tidak berbaloi jika jangka masa pelaburan adalah untuk jangka -panjang. Terdapat satu strategi untuk memulakan tindakan melabur tanpa mengambil risiko tinggi atau wang yang banyak. Anda boleh menimbangkan satu rancangan simpanan berulang di mana anda boleh melabur satu jumlah kecil setiap bulan. Satu kelebihan melaburkan sejumlah wang yang sama setiap kali ialah anda dapat membeli lebih unit  bila harganya rendah dan kurang apabila harganya naik, dengan itu mengurangkan purata kos belian seunit. Inilah yang dikenali sebagai " pemurataan kos ringgit" (dollar cost averaging). Pelabur tidak perlu lagi memikir BILAKAH masa yang sesuai untuk membeli unit. Jika anda melaburkan semuanya serentak dan tidak mengagihkan pelaburan anda dalam satu jangka masa, akan wujud risiko anda mungkin melabur pada saat pasaran sedang mencapai kemuncak - dan akan menurun tidak lama lagi.




2) Melabur Semata-mata kerana pengisytiharan dividen atau terbitan unit bonus (unit split)
    Ada pelabur yang akan memilih unit amanah yang bakal mengisytiharkan dividen atau terbitan unit bonus kerana mengandaikan bahawa mereka akan menikmati keuntungan. Ini merupakan satu kesilapan besar. Hakikatnya ialah pelabur sedemikian tidak akan membuat apa-apa keuntungan sekiranya dia membeli unit amanah sebelum atau selepas pengisytiharan. Ini kerana sebaik sahaja selepas pengisytiharan pengagihan pendapatan atau terbitan unit bonus, harga unit akan diselaraskan supaya menurun. Akibatnya pelabur mungkin telah melabur dalam dana yang tidak sesuai dengan profilnya atau wawasannya. Lebih teruk lagi dia mungkin terpaksa menjual pelaburannya dalam kerugian.


Sumber: BIJAK URUS WANG - Kunci Bebas Hutang (ditulis oleh: Sunthara Segar)


Sekiranya anda memerlukan keterangan yang lebih mendalam untuk kefahaman anda, sila hubungi saya atau tinggalkan pesanan anda.

1 comment:

  1. kena timing dan pemilihan fund yg betul memang untung masuk unit trust.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...