Saturday, 20 November 2010

APA KESILAPAN PELABUR UNIT TRUST? (Part II)

sambungan:


3) Mengejar khabar angin atau mengikut sentimen orang ramai
     Dalam dunia pelaburan "penyakit" seperti ini dikenali sebagai "siapa lebih bodoh" (greater fool game). Punca penyakit ialah perasaan tamak dan kecenderungan untuk mengikut khabar angin yang disebarkan orang ramai atau media massa. Disebabkan tidak mahu ketinggalan merebut keuntungan, pelabur akan mengikut rentak dan tindakan orang ramai tanpa berfikir panjang. Emosi lebih dipentingkan daripada akal. Contohnya pelancaran unit amanah Internet di negara jiran ketika kegilaan dotcom dalam tahun 1990-an. Sebuah dana IT yang dilancarkan berjaya memenangi Anugerah Unit Amanah dalam kategori IT bagi tahun 2003. Yang peliknya ialah dalam jangka masa 3 tahun yang berakhir dalam tahun 2002 "dana juara" ini merosot nilainya sebanyak 69 peratus (sektor Dana IT secara keseluruhan merosot sebanyak 83 peratus). Namun begitu pelabur masih terus membeli dana tersebut kerana publisiti penerimaan anugerahnya. Lebih melucukan lagi dana tersebut dikatakan layak menerima anugerah kerana walaupun nilainya merosot namun kadar kemerosotannya adalah yg paling kurang di antara dana-dana IT lain.


4) Tidak melakukan pempelbagaian (diversification) unit amanah yang cukup atau berlebihan
     Seperti pelaburan lain unit amanah mempunyai risikonya sendiri. Oleh itu pembelian unit amanah sepatutnya tidak dihadkan kepada satu jenis sahaja. Tapi jangan beli terlalu banyak sampai 10 hingga 12 jenis dana sehinggakan portfolio jadi macam "rojak". Pelabur yang tidak melakukan pempelbagaian mungkin tidak tahu (jahil) atau malas untuk belajar menguruskan portfolio unit amanah mereka. Dunia pelaburan tidak dapat menerima alasan kejahilan atau kemalasan dan hukumannya ialah pelaburan anda akan mengalami kerugian di saat anda memerlukan wang kelak.


Sumber: BIJAK URUS WANG - Kunci Bebas Hutang (ditulis oleh: Sunthara Segar)


Anda tidak perlu risau atau pening kepala untuk memahami keadaan pasaran atau apakah strategi dalam pelaburan UNIT TRUST ini. Anda boleh dapatkan khidmat nasihat dari pakar seperti penasihat kewangan.


Anda juga boleh hubungi saya untuk mendapatkan khidmat nasihat dari saya sebagai penasihat kewangan yang berdaftar dengan CWA.


Nurdiyana Yaccob
Agency Supervisor
CIMB Wealth Advisors Berhad

email: diyanayaccob_cwa@yahoo.co.uk
website: solusikewangan.blogspot.com
h/p: 019-281 7763

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...