Sunday 15 January 2012

Sudahkah anda aktifkan i-Akaun?

Sudahkah anda aktifkan i-Akaun?

Pernah dengar tentang i-Akaun yg di tawarkan oleh KWSP? Okey… macam ni, skang nih KWSP ada menyediakan satu saluran akses yg dipanggil i-Akaun yg merupakan satu akaun peribadi utk ahli atau majikan bagi mendapatklan perkhidmatan yg disediakan oleh KWSP secara online. Kan lagi senang…buat kt rumah pun boleh.. Terima kasih KWSP… ^_^

So antara perkhidmatannya adalah:
a) Untuk ahli
- Dapat menyemak dan mencetak penyata akaun bagi tahun terkini atau sebelumnya
- Dapat menyemak status dan sejarah pengeluaran
- Menyemak status aktiviti transaksi dgn KWSP
- Mengemaskini alamat dan butiran peribadi
- Serta dpt menetahui anggaran jumlah yg layak dikeluarkan bagi pelbagai pengeluaran

b) Untuk majikan
- Menyemak aktiviti transaksi denagn KWSP
- Dapat mengakses Borang A: arkib caruman dikreditkan
- Menyemak nombor KWSP pekerja
- Menyemak Caruman Tanpa Maklumat Lengkap (CTML)
- Ada kalkulator syer dividen bagi majikan kerajaan
- Dan utk mendaftar pekerja baru

Okey, kt bwh ni disertakan syarat asas utk guna i-Akaun

  • i-Akaun dan myEPF boleh diakses di mana-mana sahaja asalkan mempunyai akses Internet.
*Sumber: KWSP (http://www.kwsp.gov.my/)

Perkhidmatan online ini akan ditambah dari masa ke semasa. Ahli-ahli perlu mendaftar dan mengaktifkan akaun online mereka supaya mereka dapat menggunakan perkhidmatan i-Akaun.
Kemudian, bolehlah anda mendaftar i-Akaun ni…mcm kt bwh ni…

Pendaftaran i-Akaun

Ikuti langkah-langkah di bawah untuk mendaftar i-Akaun Ahli dan Majikan.

Nota: Sekiranya anda telah mendaftar i-Akaun, tetapi belum mengaktifkan i-Akaun anda, klik pada Login Kali Pertama. Sekiranya anda adalah pengguna sedia ada, klik pada Login Ke i-Akaun.

Ahli
1. Lawati mana-mana Kios KWSP atau Pejabat KWSP untuk mencipta Kod Pengaktifan anda.
2. Klik pada Login Kali Pertama di laman web KWSP dalam tempoh 90 hari untuk mengaktifkan i-Akaun anda menggunakan Kod Pengaktifan yang telah anda cipta.

Majikan
1. Daftar i-Akaun untuk Majikan di laman web KWSP.
2. Anda akan menerima emel atau surat notifikasi untuk mengambil Kod Pengaktifan di Pejabat KWSP yang dipilih sewaktu pendaftaran.
3. Kunjungi Pejabat KWSP yang dipilih dan bawa bersama emel atau surat notifikasi tersebut serta dokumen yang dinyatakan di dalam notifikasi untuk tujuan pengesahan.
4. Klik pada Login Kali Pertama di laman web KWSP dalam tempoh 90 hari untuk mengaktifkan i-Akaun anda menggunakan Kod Pengaktifan yang telah diambil dari Pejabat KWSP.


*Sumber: KWSP (http://www.kwsp.gov.my/)

Kios KWSP di Lokasi Lain
» AmBank Berhad
» RHB Bank Berhad
» RHB Easy
» RHB Islamic
» Institut Jantung Negara
» CIMB Bank Berhad
» CitiBank Berhad
» Public Bank Berhad
» Permodalan Nasional Berhad
» HSBC Bank Berhad
» UOB Berhad
» Malayan Banking Berhad
» Aeon Credit
» HSBC Amanah
» Courts Mammoth
*Sumber: KWSP (http://www.kwsp.gov.my/)


MANUAL MENDAFTAR i-AKAUN






*Sumber: KWSP (http://www.kwsp.gov.my/)

Siapakah Pula Yang Tidak Wajib Mencarum Tetapi Boleh Memilih Untuk Mencarum?

Siapakah Pula Yang Tidak Wajib Mencarum Tetapi Boleh Memilih Untuk Mencarum?

Terdapat dua kategori individu yang tidak wajib mencarum tetapi boleh memilih untuk mencarum:

Warganegara Malaysia

  • Sekiranya anda orang gaji domestik yang bekerja di rumah kediaman dan digaji oleh orang perseorangan (tuan rumah berkenaan), anda boleh memilih mencarum dengan mengemukakan notis pilihan mencarum melalui Borang KWSP 1 (MAJ). Satu salinan Borang KWSP 1 (MAJ) hendaklah dikemukakan kepada KWSP dan satu salinan lagi kepada majikan.
  • Sekiranya anda bekerja sendiri dan ingin mencarum secara sukarela, anda hendaklah mendaftar sebagai ahli KWSP terlebih dahulu dengan mengisi Borang KWSP 3. Bayaran hendaklah dibuat melalui Borang KWSP 6A(1). Amaun bayaran minimum caruman adalah RM50 dan tiada had maksimum berkuatkuasa 1 Januari 2011.

Bukan warganegara Malaysia

  • Sekiranya anda pekerja bukan warganegara Malaysia yang diambil bekerja dan berada di Malaysia secara sah, anda boleh mengemukakan notis pilihan mencarum melalui Borang KWSP 16B dan mendaftar sebagai ahli KWSP melalui Borang KWSP 3. Satu salinan Borang KWSP 16B hendaklah dikemukakan kepada KWSP dan satu salinan lagi kepada majikan.

[Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Jadual Pertama (Seksyen 2) Akta KWSP 1991]

*Sumber: www.kwsp.gov.my

Sunday 8 January 2012

Nak keluarkan duit KWSP terus ke akaun bank anda???

Pengkreditan Terus Ke Dalam Akaun Bank Ahli

Melalui kemudahan ini, KWSP dapat mempercepatkan pengeluaran simpanan kepada anda kerana bayaran tersebut dikreditkan terus ke dalam akaun bank anda. Kemudahan ini lebih terjamin berbanding dengan bayaran menggunakan waran/cek.

Tambahan pula, anda tidak perlu menunggu sehingga cek ditunaikan bagi mendapatkan wang tersebut dan jika anda berada di luar kawasan, anda tidak perlu lagi membayar 0.03 peratus komisyen untuk cek luar.

Buat masa ini, kemudahan pembayaran ini boleh digunakan untuk pengeluaran seperti berikut :

Pengeluaran Mencapai Umur 50 Tahun
Pengeluaran Mencapai Umur 55 Tahun
Pengeluaran Membeli Rumah
Pengeluaran Kematian
Pengeluaran Hilang Upaya
Pengeluaran Meninggalkan Negara
Pengeluaran Kesihatan
Pengeluaran Pendidikan

*Sumber: http://www.kwsp.gov.my/

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...