Sunday 30 January 2011

Apakah persediaan anda bila tiba masanya…Innalillah

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk pengunjung blog ini,

Salam ceria dan salam bahagia.

 

Dah dua hari blog tak berupdate..sebab sibuk bercuti di hujung minggu….Bila hari ini memulakan kerja, terasa hati ini tersentap dan terkedu bila di awal pagi sudah mendapat berita yang sangat sedih dari seorang client Diyana.

Tak dapat Diyana bayangkan keadaan di client Diyana sekarang ni…sebab tu Diyana mencuri masa menulis juga entri ini untuk berkongsi rasa dengan pembaca semua.

 

Bayangkan, 2 hari yang lepas, client Diyana telah disahkan bahawa terdapat ketumbuhan di otak. Bila tadi, saya call client tu, dia dalam perjalanan ke Hospital Ipoh untuk mendapat nasihat dari sepupu beliau yang juga seorang doktor. Jika tak ada yang menghalang, pembedahan akan dilakukan secepat mungkin.

Saat dirinya bagitau Diyana yang dia telah disahkan ada ketumbuhan di dalam otak, bagai halilintar yang memancar rasanya….Terdiam tak tau nak cakap apa. Apa yang mampu Diyana panjatkan doa semoga pembedahan lancar dan dia kembali sihat.

 

 

Saya tak tau nak tulis apa lagi sebab tak tau macam mana nak lahirkan perasaan saya di kala ini…hanya Allah yang lebih mengetahui.

Diyana rasakan dah gagal jadi penasihat pada client ni, sebabnya dia masih belum buat penama dan masih belum sempat menulis wasiat beliau. Takut Diyana kalau jadi apa-apa. Bukan nak minta, tapi itulah hakikatnya…apa-apa boleh berlaku dalam keadaan macam ni.

 

Semoga client Diyana akan berjaya melalui pembedahan untuk membuang ketumbuhan dalam otaknya dan dia akan kembali sihat…Harap pembaca semua doakan juga untuk beliau.

 

 

Kalau korang berada di tempat client Diyana ni, apa yang anda rasa…apakah persediaan anda…apakah yang bakal diwarisi kepada anak dan isteri. Sudahkan anda update penama di EPF dan bagaimana wang simpanan di tempat lain juga harta anda.

 

ADAKAH ANAK DAN ISTERI ANDA DAPAT MEWARISI SEMUA ITU

Sudahkan anda siapkan urusan penama dan wasiat…

 

Pada saat ini juga Diyana rasakan Diyana patut dan wajib jalankan tanggungjawab Diyana sebagai penasihat kewangan dan harta dengan menyampaikan maklumat betapa pentingnya penama dan wasiat dalam pembahagian harta.

Ya Allah, Engkau permudahkan segala urusan ku…semoga diriku dapat membantu saudara seagamaku dengan sebanyak mungkin…amin

 

Kalau anda rasa ini merupakan tanggungjawab anda untuk pastikan harta anda sampai kepada insan yang sepatutnya…anda perlu sediakan wasiat….untuk keterangan lanjut anda boleh RUJUK SINI.

Juga boleh hubungi Diyana untuk mendapat consultation dari Diyana.

 

ADAKAH PILIHAN ATAU TANGGUNGJAWAB

IEP 

SEMINAR PERCUMA BERKENAAN PERANCANGAN HARTA PUSAKA

BERMINAT? HUBUNGI Diyana dan daftar di SINI

RUJUK SINI

 

 

 

 

 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...