Tuesday 27 December 2011

Dividen dan Bonus ASB 2011 meningkat ke 8.8%

 

KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Pemegang unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) akan menerima dividen sebanyak 7.65 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2011 berbanding 7.50 sen tahun lepas.

 

dividen ASB 2011


Seramai 7.3 juta pemegang saham, yang kini memegang lebih 95.9 bilion unit ASB, akan juga menerima bonus sebanyak 1.15 sen.

Pengerusi Permodalan Nasional Bhd (PNB), Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamid, berkata pengagihan pendapatan ini melibatkan pembayaran sejumlah RM7.04 bilion dan bonus sebanyak RM628.29 juta.Hingga Khamis lalu, kata beliau, skim itu mencatatkan pendapatan kasar sebanyak RM7.19 bilion.

"Pendapatan dividen daripada pelaburan dalam syarikat-syarikat menyumbang sebanyak RM4.09 bilion, atau 56.9 peratus daripada pendapatan kasar, manakala keuntungan daripada penjualan saham menyumbang RM2.25 bilion atau 31.3 peratus," katanya pada satu taklimat media di sini Isnin.

Beliau berkata baki sebanyak 11.8 peratus, atau RM0.85 bilion diraih daripada pelaburan dalam instrumen jangka pendek dan pelaburan-pelaburan lain.

Ahmad Sarji berkata pembayaran pengagihan pendapatan dan bonus ini akan dikreditkan secara automatik ke dalam akaun pemegang unit, dan pemegang unit boleh mengemaskini buku pelabur ASB masing-masing mulai 3 Januari tahun depan.
Semua urus niaga bagi ASB akan ditangguhkan mulai 21 Dis, 2011 hingga 2 Januari, 2012, untuk mempermudah pengiraan pengagihan pendapatan dan bonus, katanya.

Beliau berkata prestasi ASB dalam tahun 2011 memuaskan meskipun pada suku terakhir tahun ini, pasaran saham telah didagangkan dalam suasana tidak menentu kerana dipengaruhi oleh ketidaktentuan ekonomi AS dan krisis hutang di Eropah.
Sementara itu, Presiden/Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman, berkata PNB akan memastikan ia bukan sahaja terus membayar dividen saban tahun malah juga menjana pertumbuhan bagi masa depan.

Mengenai pengambilalihan SP Setia Bhd, beliau berkata, PNB masih menunggu kelulusan daripada Suruhanjaya Sekuriti (SC).
"Kami telahpun mengemukakannya kepada SC dan kami sekarang menunggu kelulusannya," jelas beliau.
Bagaimanapun, beliau enggan menyatakan lebih lanjut.

Mengenai perkembangan projek Menara Warisan yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Belanjawan 2011 tahun lepas, beliau berkata: "PNB telah mengemukakan arahan reka bentuk kepada 'pihak bandaraya' dan kami harap bila kami dapat kelulusannya, kami akan umumkannya."


-- BERNAMA

P/S:

Rasa-rasa cukup ke dgn 8.8% ini untuk menyediakan tabungan masa depan anda juga untuk mengatasi nilai duit kita yang makin mengecil akibat dari INFLASI. Andai kata kadar inflasi sekarang 4%, anda mendapat keuntungan dari simpanan ASB 8.8%, anda sebenarnya hanya mendapat untung sebenar 4.8%.

Bayangkan andai 10 tahun lagi, kadar inflasi meningkat, tapi simpanan anda atau duit anda mengecil dan makin mengecil.

Boleh ke dapat pulangan simpanan wang lebih dari ASB bagi?

Monday 26 December 2011

PESARA MISKIN vs PESARA JUTAWAN (part 1)

90% kemungkinan anda hidup MISKIN,tidak cukup wang untuk persaraan anda.Paling TERUK dan MENGERIKAN bila anda terpaksa bekerja pada usia emas.

Dalam erti kata lain, sebilangan besar penduduk Malaysia TIDAK mempunyai wang yang cukup untuk bersara nanti. Zaman keemasan mereka akan bertukar menjadi sebuah PENJARA dan anda berkemungkinan menjadi salah seorang dari mereka!!!!

 

miskin

 

Adakah anda tergolong dalam golongan 90% ini?Atau anda memilih untuk menjadi PESARA JUTAWAN.

Khas untuk anda sempena Tahun 2012,satu program untuk ANALISIS kedudukan kewangan SEMASA dan kewangan PERSARAAN anda serta mendapat bimbingan kewangan KHAS & PERCUMA untuk menjadi PESARA JUTAWAN.

Berminat? Sila SMS <NAMA>, <NO IC> ke 0192817763

 

 

KENAPA PERLU MENDAFTAR?

 

orang_miskin_dilarang_sakit

 

ANDA AKAN MENGETAHUI:

1- STRATEGI MEMBINA PERSARAAN ANDA (tidak kira berapa tahun lagi anda akan bersara, 2 tahun, 5 tahun, 10 tahun, 15 tahun, 20 tahun hatta 30 tahun lagi…semuanya ada STRATEGI tersendiri….Jadi, anda belum terlambat untuk BERTINDAK demi masa depan anda)

2- HALANGAN KEPADA PERSARAAN ( situasi yang menyebabkan anda MASIH terpaksa bekerja sbg PAK GUARD,walau tak suka, tapi TERPAKSA)

3- LANGKAH BAGAIMANA UNTUK MENYIMPAN BAGI PERSARAAN ANDA

 

Monday 12 December 2011

Jenis-jenis insurans/takaful

Artikel sebelum ni saya dah terangkan sedikit sebanyak tentang perbezaan antara Insurans dan Takaful. Jadi kali ni saya nak terangkan dengan lebih lanjut tentang jenis-jenis insurans/ takaful.
Jenis-jenis insurans/takaful yang biasa didapati ialah:
1)      Insurans hayat/takaful keluarga, ia akan membayar sejumlah wang kepada anda (pemegang polisi/penama) sekiranya terjadi sesuatu yg tidak diingini kepada anda sekiranya anda meninggal dunia. Sesetengah insurans hayat/takaful keluarga menawarkan pampasan sekiranya anda ditimpa musibah/penyakit yang menyebabkan anda hilang upaya untuk bekerja. Salah satu contoh produk bagi insurans/takaful ni ialah insurans/takaful berkaitan pelaburan:

                                i.            Insurans/takaful berkaitan pelaburan – menggabungkan perlindungan dengan pelaburan. Anda boleh tentukan pembahagian untuk perlindungan berapa peratus dan untuk pelaburan berapa peratus. Kalo anda menghendaki pelan simpanan untuk masa depan dalam pada masa yang sama nak kan perlindungan, boleh lah pilih insurans/takaful jenis ini. Boleh tanya penasihat kewangan.

Apa yang anda perlu ingat??
·         Sebelum melaburkan wang ke dalam pelan berkaitan pelaburan, fikirkan risiko yang anda mahu dan sanggup hadapi.
·         Pastikan anda benar-benar faham risiko yang terlibat dan bersedia untuk wang anda terikat untuk tempoh tertentu.
·         Dapatkan nasihat profesional daripada syarikat insurans atau ejen insurans tentang risiko dan manfaat sesuatu pelan insurans berkaitan pelaburan.
·         Baca dengan teliti semua maklumat yang disediakan. Jangan teragak-agak untuk meminta penjelasan terhadap terma-terma jika perlu.
 
Anda mempunyai tempoh lebih kurang 15 hari untuk membuat keputusan sama ada anda ingin meneruskan dengan pelan insurans berkaitan pelaburan anda. Jika anda ingin menarik diri daripada pelan tersebut di dalam tempoh itu, syarikat insurans anda akan memulangkan sepenuhnya sebarang fi dan caj yang anda bayar. Walau bagaimanapun, jumlah yang dipulangkan itu mungkin lebih atau kurang daripada apa yang anda bayar, bergantung kepada harga unit pada masa pembatalan.

2)      Insurans/takaful motor, mengikut undang-undang, setiap pemilik kenderaan wajib memiliki perlindungan insurans/takaful motor. Ia akan memberikan pampasan atas kerugian akibat dari kerosakan pada kenderaan anda dan pihak yang satu lagi disebabkan kemalangan yang berpunca dari kenderaan bermotor anda.


3)      Insurans/takaful empunya/isi rumah, bagi jenis ni kalo rumah atau harta peribadi anda musnah disebabkan kejadian seperti kebakaran, banjir, paip pecah dan sebagainya, anda akan dibayar pampasan bagi kerugian tersebut. Selain tu, anda juga akan dilindungi dari tuntutan pihak ketiga berikutan kejadian tersebut.

4)      Insurans/takaful perubatan dan kesihatan akan membayar pampasan bagi pelbagai jenis perbelanjaan hospital dan perubatan yang anda mungkin tanggung sekiranya anda sakit atau mengalami kecederaan. Ianya termasuklah bayaran bilik dan makanan di hospital, perkhidmatan professional serta keperluan dan perkhidmatan perubatan.

5)      Insurans/takaful kemalangan diri pula akan membayar sejumlah wang sekiranya anda hilang upaya disebabkan musibah yang menimpa seperti kemalangan atau meninggal dunia.

Ada satu lagi maklumat iaitu takaful yang ditubuhkan memang mematuhi prinsip Syariah sebab ada Jawatankuasa Syariah ditubuhkan bagi memastikan operasi takaful berlandaskan prinsip Syariah. Selain itu, Bank Negara Malaysia juga telah menubuhkan Majlis Penasihat Syariah sebagai pusat rujukan bagi hal berkaitan perbankan Islam dan takaful di Malaysia. I’allah selamat.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...