Monday 12 December 2011

Jenis-jenis insurans/takaful

Artikel sebelum ni saya dah terangkan sedikit sebanyak tentang perbezaan antara Insurans dan Takaful. Jadi kali ni saya nak terangkan dengan lebih lanjut tentang jenis-jenis insurans/ takaful.
Jenis-jenis insurans/takaful yang biasa didapati ialah:
1)      Insurans hayat/takaful keluarga, ia akan membayar sejumlah wang kepada anda (pemegang polisi/penama) sekiranya terjadi sesuatu yg tidak diingini kepada anda sekiranya anda meninggal dunia. Sesetengah insurans hayat/takaful keluarga menawarkan pampasan sekiranya anda ditimpa musibah/penyakit yang menyebabkan anda hilang upaya untuk bekerja. Salah satu contoh produk bagi insurans/takaful ni ialah insurans/takaful berkaitan pelaburan:

                                i.            Insurans/takaful berkaitan pelaburan – menggabungkan perlindungan dengan pelaburan. Anda boleh tentukan pembahagian untuk perlindungan berapa peratus dan untuk pelaburan berapa peratus. Kalo anda menghendaki pelan simpanan untuk masa depan dalam pada masa yang sama nak kan perlindungan, boleh lah pilih insurans/takaful jenis ini. Boleh tanya penasihat kewangan.

Apa yang anda perlu ingat??
·         Sebelum melaburkan wang ke dalam pelan berkaitan pelaburan, fikirkan risiko yang anda mahu dan sanggup hadapi.
·         Pastikan anda benar-benar faham risiko yang terlibat dan bersedia untuk wang anda terikat untuk tempoh tertentu.
·         Dapatkan nasihat profesional daripada syarikat insurans atau ejen insurans tentang risiko dan manfaat sesuatu pelan insurans berkaitan pelaburan.
·         Baca dengan teliti semua maklumat yang disediakan. Jangan teragak-agak untuk meminta penjelasan terhadap terma-terma jika perlu.
 
Anda mempunyai tempoh lebih kurang 15 hari untuk membuat keputusan sama ada anda ingin meneruskan dengan pelan insurans berkaitan pelaburan anda. Jika anda ingin menarik diri daripada pelan tersebut di dalam tempoh itu, syarikat insurans anda akan memulangkan sepenuhnya sebarang fi dan caj yang anda bayar. Walau bagaimanapun, jumlah yang dipulangkan itu mungkin lebih atau kurang daripada apa yang anda bayar, bergantung kepada harga unit pada masa pembatalan.

2)      Insurans/takaful motor, mengikut undang-undang, setiap pemilik kenderaan wajib memiliki perlindungan insurans/takaful motor. Ia akan memberikan pampasan atas kerugian akibat dari kerosakan pada kenderaan anda dan pihak yang satu lagi disebabkan kemalangan yang berpunca dari kenderaan bermotor anda.


3)      Insurans/takaful empunya/isi rumah, bagi jenis ni kalo rumah atau harta peribadi anda musnah disebabkan kejadian seperti kebakaran, banjir, paip pecah dan sebagainya, anda akan dibayar pampasan bagi kerugian tersebut. Selain tu, anda juga akan dilindungi dari tuntutan pihak ketiga berikutan kejadian tersebut.

4)      Insurans/takaful perubatan dan kesihatan akan membayar pampasan bagi pelbagai jenis perbelanjaan hospital dan perubatan yang anda mungkin tanggung sekiranya anda sakit atau mengalami kecederaan. Ianya termasuklah bayaran bilik dan makanan di hospital, perkhidmatan professional serta keperluan dan perkhidmatan perubatan.

5)      Insurans/takaful kemalangan diri pula akan membayar sejumlah wang sekiranya anda hilang upaya disebabkan musibah yang menimpa seperti kemalangan atau meninggal dunia.

Ada satu lagi maklumat iaitu takaful yang ditubuhkan memang mematuhi prinsip Syariah sebab ada Jawatankuasa Syariah ditubuhkan bagi memastikan operasi takaful berlandaskan prinsip Syariah. Selain itu, Bank Negara Malaysia juga telah menubuhkan Majlis Penasihat Syariah sebagai pusat rujukan bagi hal berkaitan perbankan Islam dan takaful di Malaysia. I’allah selamat.

4 comments:

  1. Nk tnye mcm mana insuran bencana kepada org2 dan kerosakan pada harta..

    ReplyDelete
  2. Nk tnye mcm mana insuran bencana kepada org2 dan kerosakan pada harta..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...