Tuesday, 22 November 2011

Apa itu Insurans dan Takaful? Bagaimana Cara Memilih Polisi yang Terbaik

 

Insurans – secara mudahnya adalah memindahkan risiko/kerugian individu seperti anda atau sebuah organisasi seperti syarikat anda kepada syarikat insurans. Tapi selepas anda membeli polisi insurans lah bergantung pada jenis insurans. Anda atau syarikat anda dikenali sebagai pemegang polisi.

 

clip_image002

 

Terdapat pelbagai jenis perlindungan yang ditawarkan oleh insurans seperti:

· Polisi Perubatan dan Kesihatan

· Polisi Perjalanan

· Polisi Empunya Rumah

· Polisi Berkaitan Pelaburan

· Polisi Kemalangan Diri dan macam-macam lagi…

 

Sebagai contoh Insurans Perubatan dan Kesihatan. Insurans nih akan melindungi anda untuk kos rawatan perubatan di hospital swasta yang mungkin mahal macam kos pembedahan atau rawatan khas. Jadi anda tak perlulah bimbang tentang kos untuk dapatkan rawatan. Insurans ni jugak akan membayar anda sejumlah wang tertentu semasa anda menjalani rawatan.

clip_image004

Takaful – pelan perlindungan berdasarkan Syariah. Anda yang bersetuju untuk menyertai dana takaful dan juga bersetuju untuk saling membantu peserta yang lain sekiranya mengalami kerugian yang ditetapkan. Tapi sebelum tu anda kenalah mencarum sejumlah wang dalam bentuk caruman penyertaan (tabarru’) dan anda perlu memeterai kontrak (aqad).

 

Jenis-jenis perlindungan yang ditawarkan dalam takaful adalah seperti:

· Pelan Motor

· Pelan Perubatan dan Kesihatan

· Pelan Keluarga

· Pelan Kemalangan Diri dan macam-macam lagi…

 

Sebagai contoh Takaful/Pelan Motor atau kenderaan. Pelan ini akan melindungi anda dari kerugian atau kerosakan kenderaan sendiri akibat kemalangan atau kecurian, kebakaran; dan/atau kecederaan atau kematian, kerosakan atau kerugian harta benda pihak ketiga. Pihak ketiga ni contohnya jika anda terlanggar kenderaan orang, maka orang tersebut (mangsa) dikenali sebagai orang ketiga.

Kalau Takaful/Pelan Perubatan dan Kesihatan, lebih kurang sama dengan Insurans/Polisi Perubatan dan Kesihatan di mana ia akan memberi perlindungan terhadap kos rawatan perubatan persendirian. Dalam kedua-dua insurans dan takaful ni ada jenis-jenis perlindungan yang anda perlu pilih mengikut kesesuaian dan keperluan serta kemampuan anda.

Selain itu, di bawah pelan takaful, anda boleh menikmati perkongsian lebihan atau keuntungan daripada dana takaful berdasarkan nisbah yang anda telah persetujui itu pun jika anda tidak membuat sebarang tuntutan sepanjang tahun tersebut.

 

Panduan dalam memilih insurans dan takaful:

1. Anda kena benar-benar faham dengan apa yang tercatat di dalam polisi tersebut termasuklah ciri-ciri produk, syarat-syarat, had manfaat dan pengecualiannya.

(Bahagian ini yang paling utama sebelum anda membuat keputusan untuk membeli mana-mana polisi. Ini kerana ramai pembeli insurans/takaful di luar sana hanya membeli polisi lebih kepada sebab kawan/saudara yang menjual, jadi beli je la,setakat nak tolong member.

Tak salah untuk tolong kawan, tapi anda kena fahamkan dahulu polisi yang ditawarkan.

Apa perlindungan yang anda dapat dari polisi yang anda beli. Adakah hanya untuk kematian/kecacatan kekal. Ada tak tambahan perlindungan seperti Personal Accident, Critical Illness dan sebagainya.

Jika anda betul fahami polisi yang anda beli, tidak akan timbul masalah di kemudian hari, bila anda nak claim untuk kemalangan, Syarikat Insurans/Takaful mengatakan anda tidak layak claim. Sebabnya, dalam polisi yang anda dok bayar setiap bulan tu tak termasuk pun untuk Perlindungan Kemalangan…..

Dah tu nanti,siapa yang anda hendak persalahkan?

Teliti dan fahami Polisi yang ditawarkan)

 

2. Pastikan keuntungan (premium) dari insurans dan caruman takaful yang akan dibayar adalah berpatutan.

3. Pastikan amaun perlindungan adalah mencukupi dan sesuai dengan keperluan dan kemampuan anda.

4. Pastikan semua fakta penting didedahkan sepenuhnya. Sekiranya anda gagal mendedahkan maklumat berkenaan, polisi atau pelan anda mungkin tidak sah dan anda tidak akan dilindungi ke atas sebarang kerugian atau kerosakan.

5. Berurusan hanya dengan ejen berdaftar/broker berlesen atau secara terus dengan syarikat insurans atau pengendali takaful.

6. Memantau tempoh perlindungan dan masa untuk membayar premium atau caruman.

 

Rujukan: http://www.insuranceinfo.com.my/

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...