KUALA LUMPUR: Pemegang unit skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) akan menerima dividen lebih tinggi 7.50 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos, 2007, iaitu lebih tinggi daripada 7.30 sen yang diisytiharkan pada tahun lalu. Pemegang unit seramai 7.04 juta, yang kini memegang lebih 82.72 bilion unit ASB, akan turut menerima bonus 1.25 sen, yang sama dengan tahun lalu. Untuk baca penerangan lebih lanjut sila ke Bernama. Sumber dari: BERNAMA
Dari pengalaman Diyana keluar berjumpa client, dari 10 orang, 9 daripadanya mesti mempunyai akaun ASB….mmg ASB ni sgt terkenal di kalangan orang Melayu dan bumiputera. Tahukah anda kenapa? Kenapa kerajaan mewujudkan ASB nih…secara ringkasnya, kerajaan ingin menggalakkan orang Melayu kita dan bumiputera untuk menyimpan wang kerana sikap kita yang kurang berfikir untuk menyimpan demi masa depan.
Orang kita lebih senang dan mudah menghabiskan wang yang ada di tangan. Tapi, tidak pada bangsa lain terutamanya Cina, mereka berebut-rebut untuk menyimpan wang ke dalam saham amanah yang ada tak kira dari PNB atau dari syarikat saham amanah yang lain. Bangsa Cina memang mempunyai sikap yang sangat bagus dalam menyimpan wang.
Tak caya? kalau tak caya tengok la bila PM kita, lancarkan Amanah Saham 1Malaysia (AS1M) dulu, sapa yang beratur panjang dari awal pagi nam membeli unit saham ni….mereka terpaksa berebut sebab kerajaan pada mulanya menetapkan kuota mengikut bangsa….kerajaan terpaksa berbuat mcm nih, kalau tak mesti keseluruhannya akan dibeli oleh masyarakat Cina. Percaya lah…Diyana jumpa ramai client, tp tahap kesedaran untuk menyimpan wang dalam bangsa Melayu kita amat lah menyedihkan.
Kepada mereka yang telah mula menyimpan dan ada simpanan di ASB, Diyana ucapkan tahniah kerana telah mengambil langkah yang bijak untuk menabung. Tapi, Diyana ingin bertanya pada anda, apakah anda berpuas hati dengan pulangan yang anda dapat selama ini? Jika diberi peluang untuk menabung dan mendapat pulangan purata setahun 12 – 15% , adakah anda berminat?
Sebenarnya, di Malaysia, terdapat banyak tempat untuk simpanan dan pelaburan yang berdaftar di bawah Bank Negara Malaysia, ni bukan skim cepat kaya semua tu okey….yang tu semua tak berdaftar dengan bank negara Malaysia…jadi apa2 yang berlaku anda terpaksa menanggung kerugian sendiri.
Biar Diyana share dulu pulangan ASB dari mula dilancarkan dan juga 10 tahun ke belakang. Korang tahu tak bila tarikh ASB dilancarkan? ASB telah dilancarkan pada 2 Januari 1990. Jadi, ASB telah berada di industri saham amanah selama 20 tahun.
Jangan lupa singgah PAGE kita dan klik LIKE
No comments:
Post a Comment