KUALA LUMPUR, 20 Feb — Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan kadar dividen 5.8 peratus untuk ahlinya bagi tahun kewangan berakhir Dis 31, 2010, naik 15 mata asas, berbanding kadar 5.65 peratus yang dibayar pada 2009.
Ia merupakan bayaran dividen tertinggi yang pernah dicapai dana persaraan itu iaitu sebanyak RM21.61 bilion, peningkatan 11.55 peratus berbanding bayaran dividen RM19.37 bilion pada 2009.
Pengerusi KWSP, Tan Sri Samsudin Osman dalam satu kenyataan hari ini berkata pencapaian itu menggambarkan tahun yang memberangsangkan di mana pendapatan pelaburan kasar dana persaraan itu mencecah rekod tertinggi dalam sejarah sebanyak RM24.06 bilion.
Ia merupakan peningkatan 39.76 peratus berbanding RM17.22 bilion pendapatan pelaburan kasar yang dicatatkan pada 2009, katanya.
"Pendapatan pelaburan memberangsangkan yang dicapai pada tahun 2010 dijana terutamanya daripada prestasi pelaburan ekuiti. Suasana kewangan dan ekonomi yang bertambah baik menyediakan pasaran dengan kecairan mencukupi lalu membenarkan aktiviti pengambilan untung sepanjang tahun,” katanya.— Bernama
Sumber: Utusan Online
Apa kata Diyana:
Bila baca berita ni, Diyana berasa gembira bagi mereka yang ada caruman di KWSP sebab dividen pada tahun 2010 ini merupakan dividen yang tertinggi dalam jangka masa 5 tahun ini (2006-2010)
Malahan, Diyana lebih berasa gembira bagi pihak client-client Diyana yang dan mendapat keuntungan yang berganda sehingga 30% hanya untuk tahun 2010. Ini kerana mereka telah membuat keputusan bijak untuk melaburkan sebahagian wang caruman di KWSP iaitu dari Akaun 1 ke dalam saham amanah atau unit trust.
Jika berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang simpanan dan pelaburan di saham amanah atau unit trust ini, boleh hubungi saya:
Nurdiyana Yaccob
Agency Supervisor
CIMB Wealth Advisors Berhad
email: diyanayaccob_cwa@yahoo.co.uk
website: http://solusikewangan.blogspot.com/
h/p: 019-281 7763
Welcome to the world of blogging. Its free to express your thought and believe what you believe !
ReplyDelete@ shahril hisham:
ReplyDeletethank you for visiting my blog...