Saturday, 20 November 2010

APA KESILAPAN PELABUR UNIT TRUST? (Part II)

sambungan:


3) Mengejar khabar angin atau mengikut sentimen orang ramai
     Dalam dunia pelaburan "penyakit" seperti ini dikenali sebagai "siapa lebih bodoh" (greater fool game). Punca penyakit ialah perasaan tamak dan kecenderungan untuk mengikut khabar angin yang disebarkan orang ramai atau media massa. Disebabkan tidak mahu ketinggalan merebut keuntungan, pelabur akan mengikut rentak dan tindakan orang ramai tanpa berfikir panjang. Emosi lebih dipentingkan daripada akal. Contohnya pelancaran unit amanah Internet di negara jiran ketika kegilaan dotcom dalam tahun 1990-an. Sebuah dana IT yang dilancarkan berjaya memenangi Anugerah Unit Amanah dalam kategori IT bagi tahun 2003. Yang peliknya ialah dalam jangka masa 3 tahun yang berakhir dalam tahun 2002 "dana juara" ini merosot nilainya sebanyak 69 peratus (sektor Dana IT secara keseluruhan merosot sebanyak 83 peratus). Namun begitu pelabur masih terus membeli dana tersebut kerana publisiti penerimaan anugerahnya. Lebih melucukan lagi dana tersebut dikatakan layak menerima anugerah kerana walaupun nilainya merosot namun kadar kemerosotannya adalah yg paling kurang di antara dana-dana IT lain.


4) Tidak melakukan pempelbagaian (diversification) unit amanah yang cukup atau berlebihan
     Seperti pelaburan lain unit amanah mempunyai risikonya sendiri. Oleh itu pembelian unit amanah sepatutnya tidak dihadkan kepada satu jenis sahaja. Tapi jangan beli terlalu banyak sampai 10 hingga 12 jenis dana sehinggakan portfolio jadi macam "rojak". Pelabur yang tidak melakukan pempelbagaian mungkin tidak tahu (jahil) atau malas untuk belajar menguruskan portfolio unit amanah mereka. Dunia pelaburan tidak dapat menerima alasan kejahilan atau kemalasan dan hukumannya ialah pelaburan anda akan mengalami kerugian di saat anda memerlukan wang kelak.


Sumber: BIJAK URUS WANG - Kunci Bebas Hutang (ditulis oleh: Sunthara Segar)


Anda tidak perlu risau atau pening kepala untuk memahami keadaan pasaran atau apakah strategi dalam pelaburan UNIT TRUST ini. Anda boleh dapatkan khidmat nasihat dari pakar seperti penasihat kewangan.


Anda juga boleh hubungi saya untuk mendapatkan khidmat nasihat dari saya sebagai penasihat kewangan yang berdaftar dengan CWA.


Nurdiyana Yaccob
Agency Supervisor
CIMB Wealth Advisors Berhad

email: diyanayaccob_cwa@yahoo.co.uk
website: solusikewangan.blogspot.com
h/p: 019-281 7763

APA KESILAPAN PELABUR UNIT TRUST? (Part I)

KESILAPAN YANG SERING DILAKUKAN OLEH PELABUR-PELABUR UNIT TRUST SAMA ADA DISEDARI ATAU TIDAK


1) Menunggu Tanpa Sebab Yang Munasabah
    Ada orang yang mahu menunggu sehingga semua pergolakan atau kejadia-kejadian tertentu menjadi lebih difahami sebelum melabur. Malangnya setiap ketika ada saja yang sedang berlaku -  peperangan, krisis penyakit, kemerosotan ekonomi dan keruntuhan kerajaan. Mereka yang ingin menanti sehingga semua kejadian ini berlalu akan "terlepas peluang" - pasaran (market) akan bergerak ke atas sehingga melampaui kemampuan untuk membeli. Selepas itu mereka akan menanti kembali untuk satu jangka masa yang lebih lama dengan harapan pasaran tadi akan turun semula ke satu tahap di dalam kemampuan mereka. Akhirnya pelabur sedemikian akan menjual atau membeli pada harga yang kurang sesuai.


   Penantian untuk perbezaan harga pasaran sebanyak 5, 10 atau 20 peratus tidak berbaloi jika jangka masa pelaburan adalah untuk jangka -panjang. Terdapat satu strategi untuk memulakan tindakan melabur tanpa mengambil risiko tinggi atau wang yang banyak. Anda boleh menimbangkan satu rancangan simpanan berulang di mana anda boleh melabur satu jumlah kecil setiap bulan. Satu kelebihan melaburkan sejumlah wang yang sama setiap kali ialah anda dapat membeli lebih unit  bila harganya rendah dan kurang apabila harganya naik, dengan itu mengurangkan purata kos belian seunit. Inilah yang dikenali sebagai " pemurataan kos ringgit" (dollar cost averaging). Pelabur tidak perlu lagi memikir BILAKAH masa yang sesuai untuk membeli unit. Jika anda melaburkan semuanya serentak dan tidak mengagihkan pelaburan anda dalam satu jangka masa, akan wujud risiko anda mungkin melabur pada saat pasaran sedang mencapai kemuncak - dan akan menurun tidak lama lagi.




2) Melabur Semata-mata kerana pengisytiharan dividen atau terbitan unit bonus (unit split)
    Ada pelabur yang akan memilih unit amanah yang bakal mengisytiharkan dividen atau terbitan unit bonus kerana mengandaikan bahawa mereka akan menikmati keuntungan. Ini merupakan satu kesilapan besar. Hakikatnya ialah pelabur sedemikian tidak akan membuat apa-apa keuntungan sekiranya dia membeli unit amanah sebelum atau selepas pengisytiharan. Ini kerana sebaik sahaja selepas pengisytiharan pengagihan pendapatan atau terbitan unit bonus, harga unit akan diselaraskan supaya menurun. Akibatnya pelabur mungkin telah melabur dalam dana yang tidak sesuai dengan profilnya atau wawasannya. Lebih teruk lagi dia mungkin terpaksa menjual pelaburannya dalam kerugian.


Sumber: BIJAK URUS WANG - Kunci Bebas Hutang (ditulis oleh: Sunthara Segar)


Sekiranya anda memerlukan keterangan yang lebih mendalam untuk kefahaman anda, sila hubungi saya atau tinggalkan pesanan anda.

Friday, 19 November 2010

WHY YOU SHOULD INVEST VIA CWA

Kenapa perlu melabur melalui CWA

  • Satu cara untuk mencapai pertumbuhan modal yang konsisten dalam jangka masa sederhana hingga panjang (medium to long term) 
          (Kemudahan kewangan selepas bersara atau pelan kewangan ke hadapan untuk  
            pembelajaran anak-anak ke Institut Pengajian Tinggi)
  • Amaun pelaburan yang rendah dan berkemampuan
  • Pengurusan portfolio dana secara aktif berdasarkan kajian pasaran yang mendalam
  • Perkhidmatan pelaburan profesional
  • Khidmat perundingan kewangan peribadi
  • Boleh menebus semula pelaburan pada bila-bila masa
  • Peluang diversifikasi dan peluang untuk mempelbagaikan pelaburan yang berpotensi untuk mengurangkan risiko
  • Potensi kadar pulangan keseluruhan yang lebih tinggi dan lumayan dalam jangka masa sederhana atau panjang (medium to long term)
  • Pelbagai pilihan Dana Islamik
  • Perkhidmatan Penamaan Amanah untuk Pewaris (Trust Nomination Service)

Sekiranya berminat untuk memulakan simpanan dan pelaburan UNIT TRUST anda melalui CIMB Wealth Advisors, sila hubungi saya:


Nurdiyana Yaccob
Agency Supervisor
CIMB Wealth Advisors Berhad

email: diyanayaccob_cwa@yahoo.co.uk
website: solusikewangan.blogspot.com
h/p: 019-281 7763

Pelaburan UNIT TRUST melalui wang KWSP (Akaun 1) anda

Bagaimana memastikan anda layak untuk melakukan pelaburan UNIT TRUST CIMB menggunakan wang dari Akaun 1 KWSP?


Berikut saya lampirkan maklumat bersumberkan dari laman web KWSP: http://www.kwsp.gov.my 




Kelayakan Pengeluaran Pelaburan Ahli
Mulai 1 November 2007, KWSP telah melaksanakan beberapa pembaharuan dalam SKIM KWSP secara berperingkat di bawah inisiatif strategik ’Bukan Hanya Simpanan’ seperti mana yang diperuntukkan  di bawah Akta KWSP 1991 (pindaan 2007).  Ini termasuklah  inisiatif untuk memperkenalkan Simpanan Asas bagi menentukan amaun yang layak dilaburkan oleh ahli daripada Akaun 1 di bawah Pengeluaran Pelaburan Ahli (PPA).

Definisi Simpanan Asas

Simpanan Asas ialah satu jumlah simpanan dalam Akaun 1 yang ditetapkan mengikut umur bagi membolehkan ahli memperoleh simpanan sekurang-kurangnya RM120,000 pada umur 55 tahun.  Ahli boleh melaburkan simpanan dalam Akaun 1 yang melebihi simpanan asas dalam produk dan menerusi insititusi pelaburan yang diluluskan oleh Menteri Kewangan.

Syarat-syarat Yang Ditetapkan
  • Mulai 1 Februari 2008, ahli boleh melaburkan simpanan di bawah PPA tidak melebihi 20% daripada jumlah simpanan yang melebihi Simpanan Asas dalam Akaun 1.
  • Pelaburan ini boleh dibuat setiap 3 bulan sekali dan jumlah minimum pelaburan ialah RM1,000.00.
  • Jumlah Simpanan Asas dan contoh pengiraan adalah seperti jadual dibawah.
  • Syarat-syarat am prosedur di bawah Pengeluaran Pelaburan Ahli yang lain masih kekal dan tidak berubah.


Jumlah Simpanan Asas Dalam Akaun 1

Umur (Tahun)
Simpanan Asas
(RM)
Umur (Tahun)
Simpanan Asas
 (RM)
18
1,000
37
34,000
19
2,000
38
37,000
20
3,000
39
41,000
21
4,000
40
44,000
22
5,000
41
48,000
23
7,000
42
51,000
24
8,000
43
55,000
25
9,000
44
59,000
26
11,000
45
64,000
27
12,000
46
68,000
28
14,000
47
73,000
29
16,000
48
78,000
30
18,000
49
84,000
31
20,000
50
90,000
32
22,000
51
96,000
33
24,000
52
102,000
34
26,000
53
109,000
35
29,000
54
116,000
36
32,000
55
120,000



Sebagai contoh, Encik A berumur 30 tahun dan baki akaun 1 Encik A adalah sebanyak RM50000. Jumlah yang boleh dilaburkan ialah = 20% x (50,000-18,000) = RM6,400.

Selain itu, akaun KWSP akan bertambah setiap bulan daripada majikan dan juga pencarum, pihak KWSP membenarkan ahli KWSP untuk membuat pengeluaran bagi tujuan pelaburan sebanyak 3 bulan sekali. Jadi Encik A boleh melabur lebih kurang dalam RM5,000 setiap 3 bulan. 


Sekiranya anda memilih untuk menjadi seperti Encik A, iaitu memulakan pelaburan anda dari sekarang, anda pastinya dapat memaksimumkan pulangan wang persaraan anda sebanyak yang mungkin semasa anda masih aktif bekerja. Ini merupakan langkah yang amat bijak untuk memastikan anda gembira di waktu persaraan dengan masa depan kewangan anda dan anda mempunyai kehidupan yang lebih baik.

Sekiranya anda berminat untuk memulakan langkah bijak ini untuk memaksimumkan tabung persaraan anda, tak perlu berlengah lagi, sila hubungi saya:


Nurdiyana Yaccob
Agency Supervisor
CIMB Wealth Advisors Berhad

email: diyanayaccob_cwa@yahoo.co.uk
website: solusikewangan.blogspot.com
h/p: 019-281 7763



Semoga apa yang dikongsi ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua.

Cara mudah melabur dalam Unit Trust CIMB

Terdapat 2 cara mudah untuk melabur dalam UNIT TRUST CIMB:

1) Menggunakan wang tunai
    - terdapat 2 pilihan untuk anda yang ingin melabur menggunakan wang tunai iaitu:

  •   Kaedah Lump Sump  
            Melalui kaedah ini anda boleh melabur dengan sejumlah wang tunai dengan kadar minimum RM500    sahaja. 
  •   Kaedah Lump Sump + Regular Saving
            Melalui kaedah kedua ni pula anda perlu melabur sejumlah wang tunai dengan kadar minimum RM500 dan kemudian anda membuat potongan setiap bulan dengan jumlah minimum RM200. Cara potongan adalah melalui kaedah auto debit dari akaun bank anda. Antara 5 bank yang menjadi pilihan iaitu:

          - CIMB 
          - Maybank
          - RHB
          - BSN
          - EON dan lain-lain

2) Menggunakan duit KWSP dari Akaun 1
- Melalui kaedah ini terdapat syarat-syarat yang dikeluarkan oleh KWSP sebelum melayakkan anda melakukan pelaburan ke UNIT TRUST CIMB.
- Saya akan perincikan lagi kaedah pelaburan melalui KWSP ni melalui post yang lain.
- Buat masa ni, anda boleh melayari : http://www.kwsp.gov.my


Jika berminat untuk memulakan pelaburan anda atau perlukan penerangan yang lebih mendalam tentang UNIT TRUST, sila hubungi saya:


Nurdiyana Yaccob
Agency Supervisor
CIMB Wealth Advisors Berhad
email: diyanayaccobcwa@gmail
website: solusikewangan.blogspot.com
h/p: 019-208 6679

Unit Trust

What is Unit Trust?

unit trust is a form of collective investment constituted under a trust deed.
Unit trusts are open-ended investments; therefore the underlying value of the assets is always directly represented by the total number of units issued multiplied by the unit price less the transaction or management fee charged and any other associated costs. Each fund has a specified investment objective to determine the management aims and limitations.(Source: Wikipedia)

Unit trust atau saham amanah sebenarnya adalah satu tabungan wang (pool of money) yang mana terdiri daripada pelabur-pelabur persendirian atau syarikat/ koperat. Jadi, wang anda akan dikumpulkan bersama pelabur-pelabur lain sehingga menjadi jumlah yg besar dan akan dilaburkan ke dalam pelbagai saham ekuiti dan bon.. 


Tabung wang ini akan diuruskan oleh 'Professional Fund Manager'. Tugas Fund Manager ini adalah melaburkan wang para pelabur bagi memastikan pelabur beroleh keuntungan. Fund Manager akan memecahkan tempat pelaburan supaya dapat merendahkan dan mengawal risiko dalam pelaburan atau istilah yang sering kita gunakan adalah diversificationKepelbagaian ini dapat mengurangkan risiko kerana kita tidak terlalu bergantung kepada satu-satu saham semata-mata.

Selain itu, Fund Manager akan memantau pasaran saham semasa dan akan melaburkan wang para pelabur ke syarikat yang akan memberikan keuntungan. Jadi, sebagai pelabur dalam UNIT TRUST ini, anda tidak perlu risau akan wang anda. Wang anda dijaga dan diuruskan oleh mereka yang pakar dan profesional serta berpebgalaman dalam bidang ini. Tambahan lagi semua urusan Fund Manager akan dipantau oleh pihak ketiga atau Trustee. Manakala Trustee akan dipantau oleh Security Commision. Yang paling utama segala urusan ini adalah berdaftar di bawah Bank Negara Malaysia. Jadi, anda tidak perlu ragu-ragu untuk memulakan langkah pertama anda dalam mencipta tabungan duit anda bersama saham amanah atau UNIT TRUST.Dan, jika anda melabur dalam UNIT TRUST berlandaskan syariah, wang anda hanya dilaburkan ke dalam saham-saham yang mematuhi tuntutan syariah (Syariah compliance) dan islamic bond sahaja. Ini adalah salah satu tugas Trustee iaitu memantau Fund Manager,ke mana wang anda dilaburkan.


Untuk keterangan lebih lanjut anda boleh layari laman web CIMB Wealth Advisors berikut: http://www.cwealthadvisors.com.my
Semoga segala maklumat yang dikongsi dapat memberi manfaat pada anda semua.

Jika anda berminat untuk melabur, anda juga boleh hubungi saya.

Nurdiyana Yaccob
Agency Supervisor
CIMB Wealth Advisors Berhad

email: diyanayaccob_cwa@yahoo.co.uk
website: solusikewangan.blogspot.com
h/p: 019-281 7763


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...