Monday, 29 February 2016

Soalan yang sering ditanya bila sebut pasal unit trust/unit amanah

Dipetik dari facebok Anwar Suran

1) "Saya tak mahulah invest dalam unit amanah, tak berani"

2) "ASB kan ada, Tabung Haji kan ada?"

3) "Untung ke saham unit amanah ni?"

4) "Saya nak invest RM500 jelah dulu ye, baki RM90k saya nak simpan dalam akaun bank je"

5) "Unit amanah ni skim cepat kaya ke? ke MLM?"

6) "Kenapa info unit amanah tak keluar dalam surat khabar?"

7) "Investlah dalam emas dan hartanah, lagi untung kot!"

8) "Saya tak mainlah unit amanah ni, saya main Forex, komoditi, lagi untung!"

9) "Baik saya invest dalam saham je, lagi baguskan?"

✔ Jawapan:

1) Unit Amanah bukan pelaburan berisiko tinggi.

2) Janganlah simpan 100% duit tuan/puan dalam unit amanah, simpanlah 50% dari ASB dan Tabung Haji. Pelbagaikan simpanan.

3) Refer gambar, tengok pulangan keuntungan tahun-tahun lepas"

4) Terima kasih, nanti kalau nilai RM500 tu lagi beberapa tahun menjadi RM1000, bayangkan jika tuan/puan invest RM50k dari mula? How much u get?

5) Bank-bank dan Institusi kewangan ini skim cepat kaya atau MLM? Cek semula soalan tuan/puan ya. (Semua unit amanah di bawah suruhanjaya sekuriti Malaysia).

6) Tuan/Puan baca surat khabar bahagian mana? Seluruh muka surat ke setiap kali baca?

7) Yelah, semua orang Malaysia inikan KAYA macam tuan/puan boleh invest dalam hartanah.

8) Iye ke? Saya kasi Tuan/Puan modal RM50k, saya nak tuan/puan janakan jadi RM100k kat dalam forex, untung kita bahagi dua. Saya separuh, tuan/puan separuh. Kalau rugi ganti semula.

9) Boleh.. laburlah dalam saham, dipersilakan, labur sendiri, manage sendiri. That is better untuk orang rajin.

Disediakan oleh: Anwar Suran

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...