Wednesday 31 October 2012

MISKIN SELEPAS BERSARA

 

Saya menumpai artikel yg bertajuk "Miskin Selepas Bersara" dari Mingguan Wanita bil:1290 dalam ruangan Mengurus Kewangan tulisan Sunthara Segar....

 

 

 

Tajuk artikel ni pun dah menarik minat saya untuk meneliti apa isi kandungannya,pasti ada maklumat yang bagus untuk dikongsikan dengan semua pembaca. Di sini saya  cuma 'highlight' isi-isi penting.

Antaranya:

1) 70% pesara mengahabiskan semua wang KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) mereka dalam tempoh tiga tahun selepas pencen. Ramai pesara risau kerana kehilangan sumber pendapatan atau kurang 'pitih' selepas bersara. Purata jangka hayat rakyat Malaysia adalah di antara 55-75 tahun.

2) Purata caruman KWSP ialah RM 114,000 seorang. Sekiranya seorang pesara terus hidup sihat 20 tahun selepas bersara, pendapatan yang akan diterimanya ialah RM475.00 sebulan (mengikut congakkan kasar). Ini tidak mengambil kiraan sekiranya pesara itu telah mengeluarkan lebih awal caruman KWSP utk tujuan perbelanjaan atau pembelian aset-aset yang merugikan.

3) Mereka yang mempunyai gaji dan elaun puluhan ribu juga tidak terlepas dari rasa bimbang. Manakan tidak, bila bersara tiba-tiba cuma mendapat separuh daripada gaji pokok. Pangkat dan martabat yang selama ini diagungkan dan dihormati hilang ditiup angin. Persahabatan juga boleh hilang selepas bersara. Kurangla sahabat sepergaulan datang bertandang untuk mengajak keluar makan.

4) Bagi pembaca yang lambat lagi sampai usia persaraan, jangan tunggu sampai mentari persaraan di ufuk timur. Ambil tindakan sekarang dengan tip-tip berikut:

 

  • Mulakan secepat mungkin pelan pesaraan kedua selain KWSP
  • Duduk bersama isteri untuk membincangkan pelan yang sesuai " Rahsia Mengurus Insurans Hayat" tentang strategi persaraan berisiko rendah menggunakan dua alat kewangan yang sudah terbukti keberkesanannya semenjak 80 tahun lepas secara global.
  • Cari jalan untuk menjana pendapatan tambahan lain supaya dapat. duit untuk dimasukkan ke tabung persaraan masing-masing.
  • Cuba menyelesaikan semua hutang sebelum bersara contohnya hutang kad kredit dan hutang jangka panjang seperti pinjaman rumah.
  • Manjaga kesihatan kerana tiada guna jika dana persaraan yang menggunung dihabiskan semata-mata untuk membeli ubat-ubatan bagi meulihkan atau menyenggara tubuh berpenyakit.

 

Ini sahaja antara isi-isi artikel yg saya rasa menarik untuk berkongsi dengan semua orang....Bidang tugas sebagai UNIT TRUST CONSULTANT sememangnya adalah memberi ilmu atau 'educate' orang ramai tentang perancangan kewangan mereka, terutamanya pelan persaraan anda....Hal ini kerana bila bersara kita sudah hilang punca pendapatan tetap....jadi kita mesti sediakan payung sebelum hujan....sekarang ni mugkin kita tak terasa sakitnya lagi bila tak punya simpanan yg banyak bila bersara nnt.

 

Hasil pertemuan dengan ramai client, banyak cerita dan juga pengalaman client yg berkongsi mengatakan bila mendapat duit KWSP samada pada usia 50 atau 55 tahun .....sekejap sahaja duit tu habis mereka gunakan....guna untuk belanja anak-anak kahwin, ubahsuai rumah dan macam-macam lagi la.

 

Bila duit sudah ada dalam tangan, bilik tidur yang sudah 20 tahun digunakan nampak tak cantik nak diubahsuai. Bajet asal mungkin nak ubahsuai dalam RM 20,000, tapi sebaliknya bertambah menjadi dua kali ganda iaitu RM 40,000. Duit yang dapat RM 100,000 sekarang tinggal RM 60,000. Sedangkan duit tu sebelum ni tersimpan 30 tahun dalam KWSP tanpa diusik.

 

Bila dah duit dalam tangan sendiri sekejap dan dalam sekelip mata duit tu digunakan. Jadi sebagai langkah pertama, andai anda sudah dekat atau sampai ke ufuk persaraan, simpanlah sekurang-kurangnya 30% dari jumlah yang anda terima dari KWSP. Yang lebih baik adalah simpan sebanyak 70% dari jumlah yang anda terima. Ini merupakan pandangan peribadi saya berdasarkan pengalaman bertemu dengan client.

3 comments:

  1. Sebab itu, sebelum bersara kakitangan kerajaan ataupun syarikat swasta yang prihatin dgn kakitangannya, akan menghantar mereka yang akan bersara pergi berkursus mengenai persaraan.
    Jadi, sebelum mereka pencen, mereka diberikan "gambaran" apabila mereka sudah bersara, "apakah kemahiran yang mereka boleh jual? apakah ilmu yang mereka boleh praktik hingga menghasilkan pendapatan. kalau tahu mengaji al-Quran, boleh ajar budak mengaji, kat situ dah ada income, pahala pun dapat!

    ReplyDelete
  2. Tapi ramai yang tak ambil ikhtibar..termasuk lah saya...huk huk huk..nasib baik ada gak pencen..lau x dak pencen lagi la teruk ..

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas perkongsian maklumat kepada web-owner. Mari kita semua merancang kewangan kita sebelum persaraan supaya boleh membantu untuk kesenangan kehidupan selepas bersara nanti. Saya adalah Unit Trust Consultant (UTC) – agen unit trust investment untuk Public Mutual & menguruskan investors di semua negeri terutamanya PENANG, KUALA LUMPUR & JOHOR BAHRU. Juga travel ke negeri-negeri lain bergantung kepada lokasi pelabur.
    .
    Bagi sesiapa yang berminat melabur dalam Unit Trust sama ada investment KWSP atau pun investment TUNAI, boleh lah juga hubungi saya melalui mobile atau email. Jika hanya ingin mengemukakan soalan, anda juga dialu-alukan. Terima kasih.
    .
    Kita merancang tapi hanya Tuhan yang menentukan. Mari kita berusaha & berikhtiar dahulu, kemudian baru tawakkal.
    .
    Jas
    Unit Trust Consultant / Perunding Unit Amanah
    Co: Public Mutual Berhad (wholly-owned subsidiary of Public Bank Berhad)
    T: +6017-7055 381 / +6012-776 0219
    E: jas.elegant@gmail.com
    W: http://www.facebook.com/investment.unittrust
    .
    “ Personal Opinions: (i) Best Investment Period = 10 Years , (ii) Minimum Return on Recommended Funds = 11% per year. [Proven Track Record available & can be given upon request] ”

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...