Friday, 9 September 2011

Berita Harian Online | Pengeluaran pelaburan KWSP meningkat

 
Perkongsian ilmu di pagi Sabtu ini, kepada yang masih belum bertindak…sila bertindak sekarang untuk MEMASTIKAN WANG PERSARAAN DI AKAUN 1 KWSP ANDA MENCAPAI RM 1 JUTA.
 
 

KUALA LUMPUR: Laporan prestasi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi suku kedua tahun ini menunjukkan peningkatan sebanyak 60.05 peratus dalam pengeluaran pelaburan kepada RM1.78 bilion daripada RM1.56 bilion pada suku yang sama tahun lalu.

Jumlah permohonan yang pengeluaran pelaburan diluluskan bertambah 52.9 peratus kepada 199,441 berbanding dengan 130,442 permohonan pada suku sama tahun lalu.
Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Tan Sri Azlan Zainol, berkata pengeluaran pelaburan yang terus bertambah disebabkan meningkatnya kesedaran di kalangan pencarum mengenai kepentingan membuat persediaan bagi menghadapi persaraan.
"Bagaimanapun, KWSP ingin mengingatkan pencarum supaya berhati-hati semasa melabur kerana pasaran mungkin berdepan dengan situasi tidak menentu berikutan masalah hutang yang dihadapi sesetengah negara maju yang boleh memberi kesan negatif kepada ekonomi global," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada suku yang sama, pengeluaran fleksibel umur 55 juga mencatatkan peningkatan 48.18 peratus dalam jumlah permohonan kepada 26,313 berbanding 17,757 tahun lalu, manakala jumlah pengeluaran semasa suku berkenaan naik 34.89 peratus kepada RM981.37 juta berbanding RM727.51 juta sebelumnya.

KWSP turut mengumumkan yang ia memenangi Anugerah Inovasi Perniagaan IDC 2011 bagi sistem pengurusan identiti perniagaan pada persidangan Ketua Pegawai Informasi 2011 baru-baru ini. – BERNAMA
 
 
 
Untuk pertanyaan sila hubungi Pakar anda:

Nurdiyana Yaccob
Agency Supervisor
CIMB Wealth Advisors Berhad

email: diyanayaccob_cwa@yahoo.co.uk
website: solusikewangan.blogspot.com

Facebook: http://www.facebook.com/pages/CWA-Islamic-Unit-Trust
h/p: 019-281 7763

 
“ Follow my 3 Golden Rules, you will making more and more money”
 
Bertindak sekarang.
 
 

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...