Sunday, 20 February 2011

KWSP umum dividen 2010 sebanyak 5.8%

 

epf

 

KUALA LUMPUR, 20 Feb — Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan kadar dividen 5.8 peratus untuk ahlinya bagi tahun kewangan berakhir Dis 31, 2010, naik 15 mata asas, berbanding kadar 5.65 peratus yang dibayar pada 2009.

Ia merupakan bayaran dividen tertinggi yang pernah dicapai dana persaraan itu iaitu sebanyak RM21.61 bilion, peningkatan 11.55 peratus berbanding bayaran dividen RM19.37 bilion pada 2009.

Pengerusi KWSP, Tan Sri Samsudin Osman dalam satu kenyataan hari ini berkata pencapaian itu menggambarkan tahun yang memberangsangkan di mana pendapatan pelaburan kasar dana persaraan itu mencecah rekod tertinggi dalam sejarah sebanyak RM24.06 bilion.

Ia merupakan peningkatan 39.76 peratus berbanding RM17.22 bilion pendapatan pelaburan kasar yang dicatatkan pada 2009, katanya.

"Pendapatan pelaburan memberangsangkan yang dicapai pada tahun 2010 dijana terutamanya daripada prestasi pelaburan ekuiti. Suasana kewangan dan ekonomi yang bertambah baik menyediakan pasaran dengan kecairan mencukupi lalu membenarkan aktiviti pengambilan untung sepanjang tahun,” katanya.— Bernama

 

Sumber: Utusan Online

 

Apa kata Diyana:

Bila baca berita ni, Diyana berasa gembira bagi mereka yang ada caruman di KWSP sebab dividen pada tahun 2010 ini merupakan dividen yang tertinggi dalam jangka masa 5 tahun ini (2006-2010)

Malahan, Diyana lebih berasa gembira bagi pihak client-client Diyana yang dan mendapat keuntungan yang berganda sehingga 30% hanya untuk tahun 2010. Ini kerana mereka telah membuat keputusan bijak untuk melaburkan sebahagian wang caruman di KWSP iaitu dari Akaun 1 ke dalam saham amanah atau unit trust.

 

Jika berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang simpanan dan pelaburan di saham amanah atau unit trust ini, boleh hubungi saya:

Nurdiyana Yaccob
Agency Supervisor
CIMB Wealth Advisors Berhad
email: diyanayaccob_cwa@yahoo.co.uk
website: http://solusikewangan.blogspot.com/

h/p: 019-281 7763

 

Thursday, 10 February 2011

SEMINAR: Rancang Harta Elak Merana

Assalamualaikum,

Perhatian untuk semua, CWA dan As-Salihin Trustee dengan ini menjemput anda untuk menghadiri Seminar Rancang Harta Elak Merana | Harta Sepencarian & Harta Pusaka.

 

Tarikh: 5 Mac 2011 (Sabtu)

Masa: 2.00 petang – 5.30 petang

Bertempat di: Kelab Golf Negara Subang (KGNS), Jalan SS 7/2, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor

 

Seminar adalah PERCUMA

DAFTAR SEGERA sebelum 1 Mac 2011

 

Untuk mendaftar boleh hubungi

Nurdiyana Yaccob
Agency Supervisor
CIMB Wealth Advisors Berhad
email: diyanayaccob_cwa@yahoo.co.uk
website: http://solusikewangan.blogspot.com/
h/p: 019-281 7763

 

IEP

 

IEP back

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...