Monday, 2 September 2013

Harga Petrol RON95 naik RM0.20 bermula 3 September 2013 - Masa untuk meningkatkan dan mengukuhkan ekonomi kendiri


Assalamualaikum pembaca yang dirahmati Allah,

Diyana baru lepas menonton Buletin Utama TV3 dan mendapat tahu bahawa harga Petrol RON95 akan dinaikkan harga sebanyak RM0.20. Ini bermaksud harga baru bagi RON95 kini adalah RM2.10 bagi setiap liter.

Memetik ucapan YAB Perdana Menteri, beliau mengatakan ini adalah sebagai usaha untuk mengukuhkan ekonomi Malaysia.

Pasti rakyat Malaysia memberikan pelbagai reaksi dan komen masing-masing. Sememangnya kita bebas menyuarakan pendapat kita, tetapi diharap dapat memberi komen yang bijak dan bernas.

Maksudnya di sini, walau apa pun yang ingin kita utarakan kepada orang lain, biarlah berdasarkan fakta dan ilmu. Bukannya celoteh yang kosong dan semberono.


Sekiranya PM kita menaikkan harga RON95 ini untuk mengukuhkan ekonomi Malaysia, apa pula tindakan kita terhadap ekonomi diri sendiri? Bagaimana dengan poket kita? Tabung kita? Pendapatan kita? Perbelanjaan kita?

Adakah kita telah mula merancangan kewangan kita?

Jika belum, inilah masanya yang sesuai untuk memulakan perancangan kewangan kita, tidak kira kepada yang telah berkeluarga atau masih bujang dan belum mempunyai komitmen yang tinggi.



Langkah mudah untuk meningkatkan ekonomi kendiri adalah dengan ILMU.

ILMU!!!

ILMU!!!

ILMU!!!


Pada masa kini, sangat mudah untuk kita mencari maklumat , hanya di hujung jari. Banyak blog yang berkisarkan perancangan kewangan ini. Anda hanya boleh search di Google. Ataupun kita boleh membeli buku.


Setelah kita dapat meningkatkan dan mengukuhkan ekonomi kendiri, kita tidak perlu risau dengan sebarang kenaikan harga barang lagi.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...